Salam 1Malaysia.
Model Proton semakin ditunggu-tunggu setiap kali menjelang tempoh pelancarannya. Setiap model baru yang bakal dikeluarkan pasti ditunggu-tunggu ramai rakyat Malaysia.
Ini juga bakal membuktikan bahawa penerimaan rakyat terhadap kereta keluaran Proton. Terbaru adalah model Persona R atau dikenali sebagai Proton P3-21A.
Semakin tak sabar kita tunggu kereta ini keluar di pasaran. Sekarang ini sedang hangat tersebar gambar Persona R sebelum majlis pelancaran rasminya.
Jom kita tengok gambar curi Proton Persona R / Proton P3-21A.
Sumber gambar: paultan.org.
Glamer mamat depan gambar atas tu kan? Dan satu lagi, Persona R ini bakal ada warna kuning. Sama macam warna Myvi SE1.5 dan Myvi Extreme1.5. Adakah kebetulan atau Proton tiru Perodua?
Harga Persona R ini diramal hanya RM60,000 hingga RM70,000. Nampaknya kalau anda sebelum ini ramal harga lebih RM100,000, maka anda silapla.
Murah model inikan? Murah sebab Persona R bakal jadi 1st Global Car Proton.












0 comments:
Post a Comment